Komunikasi adalah alat yang menjadi penghubung antara kita.
Dalam sesi pembelajaran yang lepas, saya telah dapat mengenali apa itu
sebenarnya yang dimaksudkan dengan KOMUNIKASI. Komunikasi dapat ditafsirkan
sebagai:
*bahan yang menyebabkan berlakunya perubahan dari segi tanggapan,idea,pengetahuan serta maklumat yang dikeluarkan oleh seseorang.
*alat yang menyebabkan hubungan antara manusia itu wujud dan berkembang.
*bahan yang menyebabkan berlakunya perubahan dari segi tanggapan,idea,pengetahuan serta maklumat yang dikeluarkan oleh seseorang.
*alat yang menyebabkan hubungan antara manusia itu wujud dan berkembang.
TELEKOMUNIKASI pula ialah komunikasi yang melibatkan jarak
jauh dan juga saluran/medium penyampaian seperti elektrik, wayar/ kabel atau
gelombang radio.
‘TELE’ = far off (jarak jauh) ‘KOMUNIKASI’ = perhubungan
Secara ringkasnya, telekomunikasi ini adalah komunikasi
jarak jauh yang membolehkan penyampai itu menyampaikan sesuatu data kepada
pihak penerima.
Dalam sesebuah komunikasi yang berlaku terdapat beberapa
elemen yang mempengaruhi keberkesanan perlaksanaannnya. Antara elemen –elemen penting
dalan komunikasi dan teknologi komputer ialah seperti:
- · MANUSIA: membina,menganalisis,mengembangkan serta mengendalikan sesebuah komunikasi serta sistem komputer.
- · PROSEDUR: terdapat proses yang berurutan mengikut keutamaan dalam sesebuah komunikasi serta penggunaan sistem komputer.
- · DATA/INFO: maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer yang digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
- · HARDWARE: peralatan yang digunakan dalam sesebuah sistem kompouter.
- · SOFTWARE: aplikasi yang di masukkan dalam sistem komputer bagi membolehkan sesuatu arahan dapat dilaksanakan oleh sistem komputer mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
- · KOMUNIKASI: proses dimana data di salurkan (elektronik).
huuuuuu...nice laaa...love2 gitu...:)
ReplyDeletetime kasih share mklumat ni....n sng ckit nk pham ckit...huhu
ReplyDeleteemmmm tgk2 la blog syer pulk k.huhu